Harap Profesion Guru Kembali Dihormati
KUALA LUMPUR 17 Mei - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) optimis dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam Kabinet baharu kerajaan.
HARRY TAN HOCK HUAT
“Tun (Dr. Mahathir) adalah tokoh dihormati dan Kementerian Pelajaran bukan asing bagi beliau. Terdapat pelbagai isu dalam sistem pendidikan dan kita memerlukan seorang ‘bapa’ yang dapat memastikan ia diselesaikan demi manfaat generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, NUTP sangat berharap dapat bertemu dengan Dr. Mahathir seberapa segera untuk menyelesaikan banyak isu penting terutama yang melibatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kerana tiada dasar kebangsaan mengenainya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harap-profesion-guru-kembali-dihormati-1.674648#ixzz5FoWZgQsh